Jom Melancong Ke Bukittinggi
Payakumbuh - Salu Lagi Destinasi Pelancongan
Bagi pelancong yang ingin bersiar-siar di kawasan sekitar Bukittinggi
tetapi tidak mahu menggunakan van pelancong, mereka bolehlah berjalan
kaki atau menaiki bendi (kereta kuda) atau menaiki angkut iaitu sejenis
pengangkutan awam seperti bas mini. Tambang yang dikenakan sekiranya
menggunakan bendi atau kereta kuda ialah sekitar rp15,000 hingga
rp25,000. Manakala, sekiranya anda menggunakan angkut, tambangnya
mengikut jarak destinasi di antara rp2,000 hingga rp5,000.
Apa yang menarik di Bukittinggi? Bagi orang perempuan tentunya shopping kain sulam dan telekung di Pasar Atas dan Pasar Bawah atau pun di Pasar Aur Kuning (pasar pemborong). Bagi orang lelaki, shopping mungkin perkara kedua atau ketiga jika berkunjung ke Bukittinggi. Alternatifnya, ada banyak tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Bukittinggi. Di antaranya ialah Jam Gadang, Janjang 40, Janjang Koto Gadang, Lubang Jepang (Jepun), Taman Marga Satwa & Budaya Kinantan (kebun binatang - zoo) Muzium Rumah Gadang (dalam zoo), Jambatan Limpapeh, Museum Tri Daya Eka Darma (Muzium Tentera), Benteng Fort De Kock, Monumen Bung Hatta dan Rumah Kelahiran Bung Hatta.
Tidak lengkap rasanya percutian anda ke Padang dan Bukittinggi sekiranya
tidak berkunjung ke Payakumbuh. Payakumbuh kaya dengan keindahan alam
semulajadinya. Di antara tempat menarik untuk dilawati di Payakumbuh
ialah Lembah Harau, Gua Ngalau Indah dan Kolam Renang Ngalau Indah.
Lembah Harau terkenal dengan pemandangan tebing bukitnya yang tinggi dan deruan air terjunnya. Ramai pelancong Barat gemar bercuti di Lembah Harau atas faktor 'nature'nya. Tidak jauh dari Lembah Harau juga terdapat sebuah gua yang mempunyai bentuk batu-batu yang unik di dalamnya. Pelancong boleh masuk ke dalam gua tersebut dan berpeluang melihat sendiri keindahan ciptaan Tuhan.
Di sebelah pintu masuk menghala ke gua Ngalau Indah, terdapat satu kawasan swimming pool sesuai untuk mandi manda bagi kanak-kanak. Di Malaysia, kawasan mandi manda itu lebih dikenali sebagai taman tema air atau 'water park'. Sekiranya anak anda ingin mencuba aktiviti air di Bukittinggi, mungkin kolam renang di Ngalau Indah ini boleh menjadi salah satu destinasi pelancongan anda semasa berada di Bukittinggi.
Lembah Harau terkenal dengan pemandangan tebing bukitnya yang tinggi dan deruan air terjunnya. Ramai pelancong Barat gemar bercuti di Lembah Harau atas faktor 'nature'nya. Tidak jauh dari Lembah Harau juga terdapat sebuah gua yang mempunyai bentuk batu-batu yang unik di dalamnya. Pelancong boleh masuk ke dalam gua tersebut dan berpeluang melihat sendiri keindahan ciptaan Tuhan.
Di sebelah pintu masuk menghala ke gua Ngalau Indah, terdapat satu kawasan swimming pool sesuai untuk mandi manda bagi kanak-kanak. Di Malaysia, kawasan mandi manda itu lebih dikenali sebagai taman tema air atau 'water park'. Sekiranya anak anda ingin mencuba aktiviti air di Bukittinggi, mungkin kolam renang di Ngalau Indah ini boleh menjadi salah satu destinasi pelancongan anda semasa berada di Bukittinggi.
Basikal gergasi di pekan Payakumbuh
Keindahan tebing bukit Lembah Harau
Air terjun Lembah Harau
Transport
Banyak anak-anak pokok sebegini dijual di depan air terjun
Pandu arah di Lembah Harau. Bayaran masuk rp5,000 seorang
Pintu masuk ke dalam gua Ngalau Indah
Gua Ngalau Indah
Papan tanda di gua Ngalau Indah
Tangga mendaki untuk masuk ke dalam gua
Gerai-gerai di kawasan parkir Ngalau Indah
Jalan mendaki bukit untuk sampai ke gua Ngalau Indah
Entrance Ngalau Indah. Bayaran masuk rp5,000 seorang
Water park Ngalau Indah
Pintu gerbang di jalan masuk ke payakumbuh
NOTA :
UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN SECARA CARTER DI PADANG DAN BUKITTINGGI, SILA HUBUNGI SAYA
HENDRIK
DI
TALIAN/WhatsApp (+628126001410)
hendrix.raja@yahoo.com
Contoh Percutian 4 Hari 3 Malam
Andaikan anda merancang untuk bercuti ke Padang Bukittinggi selama 4
hari 3 malam, tetapi tidak tahu ke mana hendak pergi dan bagaimana
jadual perjalanan yang terbaik. Di sini, saya ingin memberi satu contoh
tentatif program percutian selama 4 hari 3 malam di Padang dan
Bukittinggi. Ini hanya sebagai satu cadangan, dan boleh diubah-ubah
mengikut keselesaan anda.
Hari Pertama
Hari Kedua
Hari Ketiga
Hari Keempat
Hari Pertama
- Andaikan anda mengambil flight petang. Anda dijangka sampai di Bandara International Minangkabau (BIM) Airport jam 2pm. (sebenarnya waktu Malaysia ialah pukul 3pm)
- Terus menuju ke Bukittinggi melalui beberapa destinasi pelancongan. Pertama, anda boleh singgah sebentar di Lembah Anai, sebuah air terjun di tepi jalan.
- Kemudian, singgah di Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang.
- Setelah itu, singgah merasai sate minang di Rumah Makan Sate Mak Syukur. Atau pun, merasai hidangan nasi padang di Rumah Makan Pak Datuk.
- Selesai menjamu selera, singgah pula di kedai-kedai Pandai Sikek, pusat jualan tenunan kain sulam dan ukiran kayu.
- Kemudian, bergerak ke Bukittinggi dan check in hotel.
- Sebelah malam, bolehlah bersiar-siar di sekitar kota Bukittinggi seperti ke Jam Gadang dan Ramayana Shopping Complex.
- Makan malam juga di sekitar kota Bukittinggi. Mungkin anda boleh cuba keenakan murtabak mesir atau bakso dan ais teler.
Lembah Anai
Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau
Jam Gadang Bukittinggi
Hari Kedua
- Sebelah pagi, sarapan biasanya disediakan oleh pihak hotel tempat anda menginap.
- Selesai sarapan, bolehlah berangkat menggunakan van pelancong ke Istana Besar Pagaruyung. Dalam perjalanan, singgah di perusahaan kopi dan pisang salai Kiniko. Cubalah rasa kopi buatan orang tempatan.
- Seterusnya, singgah di Rumah Makan Pondok Flora untuk makan tengahari.
- Selesai menjamu selera, bergerak ke destinasi utama iaitu Istana Besar Pagaruyung, satu lagi rumah gadang di Bukittinggi.
- Patah balik ke kota Bukittinggi untuk ke Lubang Jepang dan Great Wall of Koto Gadang.
- Sebelah malam, jika ingin ke fastfood restaurant, bolehlah makan malam di KFC atau Pizza Hut. Atau pun menu nasi padang di Rumah Makan Simpang Raya atau Rumah Makan Gon Raya.
Perusahaan kopi Kiniko
Istana Besar Pagaruyung
Janjang Koto Padang
Hari Ketiga
- Sarapan pagi di hotel. Selesai sarapan, anda dicadangkan untuk check out hotel sebelum menuju ke destinasi yang seterusnya.
- Di Bukittinggi, singgah dahulu di rumah kelahiran Bung Hatta, timbalan presiden pertama Indonesia.
- Menuju ke kelok 44 menuruni bukit untuk ke Danau Maninjau.
- Sebaik sampai di Danau Maninjau, terus ke destinasi utama iaitu rumah kelahiran Buya Hamka, seorang ulama terkenal di nusantara ini.
- Kemudian, makan tengahari di Rumah Makan Batu Lembut.
- Sekiranya ada masa dan ingin pusing-pusing sekitar Danau Maninjau, bolehlah menyewa bot sekitar 30 minit.
- Patah balik ke kota Bukittinggi untuk shopping di Pasar Atas, Pasar Teleng dan Pasar Bawah.
- Selepas shopping, terus menuju ke Padang dan check in hotel di Padang. Makan malam di Rumah Makan Lamun Ombak.
Rumah Kelahiran Buya Hamka
Danau Maninjau
Shopping kain sulam di Pasar Atas
Hari Keempat
- Andaikan anda mengambil flight petang untuk balik ke Malaysia.
- Sarapan pagi di hotel. Selesai sarapan, terus check out hotel.
- Destinasi yang sempat dilawati sebelum ke airport ialah Muzium Padang dan Jambatan Siti Nurbaya.
- Mungkin juga boleh singgah di kedai yang menjual keripik balado sebagai ole-ole dari Padang.
- Bergerak ke airport kerana anda perlu berada di airport selewat-lewatnya jam 12.00 tengahari.
Muzium Padang
Ole-ole dari Padang - kripik balado
NOTA :
UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN SECARA DI PADANG DAN BUKITTINGGI, SILA HUBUNGI SAYA
HENDRIK
DI
TALIAN/WhatsApp (+628126001410)
Restoran Di Bukittinggi
Risau tak lalu makan makanan orang minangkabau? Jangan risau. Anda ada
pilihan restoran sekiranya nasi padang yang menggunakan kaedah lauk
berhidang tidak anda gemari. Di sini, saya letakkan gambar-gambar
restoran dan rumah makan yang terdapat di Bukittinggi. Tentunya ada yang
menepati selera anda.
Jangan tak tau, KFC pun ada di Bukittinggi. Lokasi berhampiran dengan Jam Gadang
Sebelah KFC, ada Pizza Hut, macam kat Malaysia
Di dalam shopping complex Ramayana ini ada juga fastfood restaurant iaitu Texas Chicken
Rumah Makan Simpang Raya - di antara restoran yang banyak cawangan di
Bukittinggi. Lokasi restoran ini berhampiran dengan Jam Gadang.
Menawarkan menu nasi padang. Semua lauk akan dihidang tanpa diminta,
tetapi hanya di charge mana-mana lauk yang disentuk sahaja. Hampir semua
rumah makan tempatan menggunakan kaedah seperti ini.
Rumah makan Gon Raya Lamo. Juga sebuah restoran nasi padang yang terkenal di Bukittinggi.
Kedai kuih (dan restoran) Budiman. Happening juga malam-malam di sini. Boleh order masakan panas.
Kalau nak makan budget dan tidak mahu style nasi padang, anda boleh cuba
makan di gerai gerai nasi kapau. Cara hidangnya sam seperti nasi
campur di Malaysia.
NOTA :
UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN SECARA CARTER DI PADANG DAN BUKITTINGGI, SILA HUBUNGI SAYA
HENDRIK
UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN SECARA CARTER DI PADANG DAN BUKITTINGGI, SILA HUBUNGI SAYA
HENDRIK
DI
TALIAN / WhatsApp (+628126001410)
Tempat Menarik Di Bukittinggi
Apa yang menarik di Bukittinggi? Bagi orang perempuan tentunya shopping kain sulam dan telekung di Pasar Atas dan Pasar Bawah atau pun di Pasar Aur Kuning (pasar pemborong). Bagi orang lelaki, shopping mungkin perkara kedua atau ketiga jika berkunjung ke Bukittinggi. Alternatifnya, ada banyak tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Bukittinggi. Di antaranya ialah Jam Gadang, Janjang 40, Janjang Koto Gadang, Lubang Jepang (Jepun), Taman Marga Satwa & Budaya Kinantan (kebun binatang - zoo) Muzium Rumah Gadang (dalam zoo), Jambatan Limpapeh, Museum Tri Daya Eka Darma (Muzium Tentera), Benteng Fort De Kock, Monumen Bung Hatta dan Rumah Kelahiran Bung Hatta.
Bendi - kereta kuda yang menjadi salah satu tarikan pelancongan di Bukittinggi
Benteng Fort De Kock didirikan oleh Kapten Bouer pada tahun 1825 pada
masa Baron Hendrik Markus De Kock menjadi komandan Der Troepen dan
Timbalan Gabernor Jenderal Hindia Belanda, kerana itulah benteng ini
terkenal dengan nama Benteng Fort De Kock
Jam Gadang adalah landmark kota Bukittinggi, Indonesia. Simbol khas
Sumatera Barat ini juga memiliki cerita dan keunikan kerana usianya yang
sudah puluhan tahun. Jam Gadang dibina pada tahun 1926 oleh arkitek
Yazin dan Sutan Gigi Ameh.
Sebagai penghubung antara Taman Marga Satwa dan Budaya Kinantan dengan
Benteng Fort De Kock, maka terdapat sebuah jambatan yang bernama
Jembatan Limpapeh yang mempunyai atap berbentuk gonjong khas rumah adat
MinangKabau. Jambatan ini melintangi Jalan A. Yani dan dari sini kita
dapat menyaksikan keindahan alam Bukittinggi dan kesibukan Jalan A.
Yani.
Janjang 40 dibina pada tahun 1908 yang pada awalnya merupakan sebagai
penghubung antara Pasar Atas dengan Pasar Bawah. Sekarang tangga ini
telah menjadi salah satu destinasi pelancongan di Kota Bukittinggi.
Janjang Koto Gadang baru dibuka kepada umum pada awal tahun 2013. Tangga
yang merentasi Ngarai Sianok ini memiliki 315 anak tangga dan mirip
tembok besar Cina.
Kain sulam antara produk yang terkenal di Bukittinggi, terutama bagi kaum wanita
Lubang Jepang sebenarnya lebih sesuai dipanggil sebagai terowong Jepun
bagi orang Malaysia. Dibina pada tahun 1942 untuk kepentingan pertahanan
tentera Jepun dalam PD II dan perang Asia Timur Raya (Dai Tora Senso)
atas perintah kerajaan Angkatan Tentera Darat Jepun (Tentara Kedua Puluh
Lima) untuk Sumatera berkedudukan di Bukittinggi dengan Komandan
Tentera Pertahanan Sumatera Jend. Watanabe.
Monumen Bung Hatta, Timbalan Presiden
pertama Indonesia, sekaligus menjadi orang minangkabau yang pertama
menduduki jawatan kedua tertinggi di Indonesia.
Rumah kelahiran Bung Hatta di Bukittinggi.
Berhadapan dengan Taman Panorama
terdapat sebuah muzium yang bernama Museum Tri Daya Eka Darma. Muzium
ini merupakan salah satu peninggalan sejarah untuk tatapan generasi
muda. Di muzium ini kita dapat melihat peninggalan sejarah seperti
pesawat, senjata serta gambar perjuangan sewaktu menentang penjajah
Belanda dan Jepun.
Ngarai Sianok merupakan suatu lembah yang indah, hijau dan subur.
Didasarnya mengalir sebuah anak sungai yang berliku-liku menelusuri
celah-celah tebing dengan latar belakang Gunung Merapi dan GunungSinggalang.
Pasar Atas, Bukittinggi
Pasar Bawah, Bukittinggi
Pasar Teleng, Bukittinggi
Suasana di sebuah pasar pagi di Bukittinggi
Plaza Bukittinggi adalah gedung membeli belah pertama di kota
Bukittinggi. Mall ini terletak bersebelahan dengan Jam Gadang dan The
Hills Hotel Bukittinggi serta berhampiran dengan Pasar Atas. Di mall
ini, terdapat Ramayana Department Store bagi memenuhi keperluan
masyarakat Bukittinggi dan sekitarnya.
NOTA :
UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN SECARA CARTER DI PADANG DAN BUKITTINGGI, SILA HUBUNGI SAYA
HENDRIK
DI TALIAN / WhatsApp (+628126001410)
hendrix.raja@yahoo.com
tourholidayspackageaqueenqtravel
UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN SECARA CARTER DI PADANG DAN BUKITTINGGI, SILA HUBUNGI SAYA
HENDRIK
DI TALIAN / WhatsApp (+628126001410)
hendrix.raja@yahoo.com
tourholidayspackageaqueenqtravel
AQUEENA TOUR AND TRAVEL
Tidak ada komentar:
Posting Komentar