MINANG KABAU EXPLORE
Assalamualaikum Wrwb ...
Sebagai pembuka kata, izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya hendrik. Saya berasal dari Bukittinggi, Indonesia. Saya seorang Islam dan
telah mengikuti kelas pesantren semasa di tingkatan 1 hingga tingkatan
4. Setelah itu, saya terus bekerja sebagai pemandu. Mula-mula, menjadi
pemandu van syarikat Unilevel, pemandu van kilang roti, kemudian bawa
lori, dan terbaru bekerja membawa van angkutan kota (seperti bas mini di
Malaysia).Bekerja itu saya laukukan sambil bersekolah, sampai bersekolah saya selesai. Sekarang, saya bekerja sebagai pemandu van pelancong di
sekitar Padang-Bukittinggi.
Saya membuat blog ini untuk memperkenalkan kawasan pelancongan yang
terdapat di Sumatera Barat, atau lebih khusus di ranah Minangkabau yaitu
Padang dan Bukittinggi. Saya juga bersedia menjadi pemandu pelancong
kepada mereka yang berminat untuk membuat lawatan ke Padang dan
Bukittinggi, terutamanya pelancong-pelancong dari Malaysia. Saya bekerja
di bawah sebuah syarikat pengangkutan pelancongan yang memiliki
beberapa buah bas dan van. Jangan khuatir, berapa pun bilangan rombongan
pelancongan anda, insya Allah saya boleh uruskan.
Di blog ini juga saya akan perkenalkan beberapa produk pelancongan yang
terdapat di Sumatera Barat ini. Di antara tempat menarik yang boleh anda
lawati ialah Pantai Malin Kundang (Si Tanggang), Jambatan Siti Nurbaya,
Singkarak (tasik kedua terbesar di Sumatera), Lembah Anai (air terjun),
Rumah Gadang Padang Panjang (rumah minangkabau), Istana Besar
Pagaruyung, Jam Gadang (clock tower), Rumah Buya Hamka (di tasik
Maninjau), Lubang Jepun dan Janjang Koto Gadang (macam tembok besar
Cina).
Selain itu, anda juga boleh jalan-jalan cari makan di sini. Di antara
makanan yang mesti anda cuba ialah nasi padang, sate minang, buah
markisa, buah salak, jus pokat, bika, murtabak mesir, kopi sumatera,
nasi kapau, es teler (macam ABC), kerepek sanjai (ubi), keropok
kili-kili (pun diperbuat daripada ubi, bentuk no. 8), dan pisang salai.
Ada juga menu exotic yang mungkin tidak pernah anda jumpa di Malaysia
tetapi boleh anda rasa di sini. Contohnya, belut goreng, rendang itik,
ikan limbek dan gulai jangek (kulit lembu). Tentunya halal.
Bukittinggi juga terkenal dengan 'syurga' shopping buat orang perempuan.
Barang-barang yang terkenal di sini, antaranya ialah kain sulam,
telekung, kain batik, lukisan minyak dan barang cenderamata. Tempat
shopping yang biasa dikunjungi pelancong ialah Pasar Atas, Pasar Bawah,
Pasar Aur dan tempat-tempat sulaman yang terkenal seperti di Pandai
Sikek.
Jika anda ke Bukit tinggi / Padang indonesia,gunakan lah perkhidmatan kami...Kami siap melayani anda dengan setulus hati...!!!
Menyediakan :
~ Paket tour lengkap 3 Hari/2 Malam.
~ Paket tour lengkap 4 Hari/3 Malam.
~ Paket tour lengkap 5 Hari/4 Malam.
~ Paket tour lengkap 6 Hari/5 Malam.
~ Sewa kereta/Mobil/Van/Bus.
~ Company trip.
~ Family day.
~ Group Tour.
~ Homestay.
~ Voucher hotel.
~ Voucher Golf.
~ Dan lainnya.
Untuk Sebarang pertanyaan dan tempahan,Bolehlah terus menghubungin kami ;
Aqueena Sumatra Tour
( HENDRIK )
Kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan Perkhidmatan saya, bolehlah terus menghubungi di Talian :
WhatsApp ; +62 85206514444
Hp ; +62 852 065 14444
Tlp ; +62 61 765 23345
Sekiranya
saya tidak mengangkat telefon, sila tinggalkan pesanan dengan menghantar
sms / WhatsApp.
Email ; hendrix_thamrin@yahoo.com
hendrix.raja@yahoo.com
aqueenasumatratours@gmail.com
"Maaf, saya kurang arif menggunakan media sosial dan email untuk
tujuan ini. Saya lebih selesa sekiranya anda berurusan terus dengan saya
melalui Telefon / Whats App"
TerimaKasih ... 😊🙏
Contoh van, Transport yang saya gunakan untuk membawa pelancong
Info:
https://plus.google.com/u/0/+TOURSHOLLIDAYSMEDANtransportmedan/posts